ADAKAH KAMU TERLALU OBSES PADA BAU WANGI?
Sebagai manusia biasa, sudah semestinya kita amat sukakan bau-bau wangi tak kira di mana berada. Tambahan pula bau-bau wangi ini boleh membuatkan seseorang individu itu merasa damai, tenang dan selesa. Disebabkan itu juga maka bukanlah satu perkara pelik apabila seseorang itu menjadi terlalu obses kepada bau wangi. Bahkan, mereka sanggup berhabis duit beribu ringgit untuk membeli seberapa banyak pewangi yang ada di pasaran.
![]() |
Namun begitu, tak dinafikan ada juga segelintir individu yang tidak terlalu mementingkan bau wangi. jadi untuk mengetahui setakat manakan tahap kamu obses pada bau wangi. Maka, Kuiz Bijak Pandai kali ini berkisarkan tentangnya. Melalui kuiz ini, kamu bukan sahaja dapat menilai diri sendiri, tetapi dirimu juga boleh melihat orang sekeliling. Jadi?? jom kita try Game nie :-
- Setiap kali bangun tidur, apakah yang akan kamu lakukan dahulu?
a) Terus pergi bilik air untuk mandi dengan sabun wangi.
b) Tak tentu.
c) Terus buat air dan menonton TV. - Biasanya, berapa kalikah kamu pakai tudung/seluar jeans/kupiah baru ianya dibasuh? a) 3 kali sahaja.
b) Banyak kali
c) 1kali sahaja. - Adakah setiap kali selepas mandi kamu akan pakai deodorant? a) Tidak
b) Ya
c) Bergantung pada keadaan - Setiap kali selepas siap berdandan, apakah yang akan kamu lakukan?
a) Pakai minyak wangi
b) Tak berapa nak pasti
c) Terus ambil dompet duit dan keluar - Berapa banyak minyak wangi yang kamu ada? a) Lebih daripada 50
b) Satu sahaja
c) Lebih daripada 100 - Sekiranya ada jualan murah berkaitan dengan pewangi, apakah kamu akan beli?
a) Tidak
b) Ya
c) Tengok pada kewangan - Bagamanakah keadaan kamu apabila terlupa memakai deodorant ataupun minyak wangi? a) Sangat-sangat tidak selesa dan resah
b)Kurang selesa sikit
c) Biasa-biasa sahaja - Pernahkah kamu beredar dengan kadar segera daripada tempat yang berbau busuk? a) Kadang-kadang
b) Tidak pernah
c) Pernah - Bagaimanakah reaksi kamu apabila berhadapan dengan orang yang mempunyai masalah bau badan/mulut? a) Biasa saja dan tidak kisahpun
b) Terus menjauhkan diri daripadanya
c) Ingat-ingat lupalah - Berapa banyakkah pewangi yang ada di dalam rumah dan bilik kamu? a) Lebih kurang 6 pewangi
b) Kurang daripada 4 pewangi
c) Langsung tiada pewangi
- (a)3 (b)2 (c)1
- (a)2 (b)1 (c)3
- (a)1 (b)3 (c)2
- (a)3 (b)2 (c)1
- (a)2 (b)1 (c)3
- (a)1 (b)3 (c)2
- (a)3 (b)2 (c)1
- (a)2 (b)1 (c)3
- (a)1 (b)3 (c)2
- (a)3 (b)2 (c)1
KAMU MEMANG OBSES BAU WANGI
(21 hingga 30 markah)
SAH dan tidak boleh dinafikan lagi, sesiapa tergolong di dalam kumpulan ini,
sememangnya kamu seorang yang sangat obses atau fanatik kepada bau wangi.
Bagi kamu, bau wangi adalah satu kemestian di dalam kehidupan seharian.
Jadi bukanlah satu perkara yang memelikkan jika ke mana sahaja
diri kamu sentiasa wangi.

OBSES TAPI MASIH BOLEH DIKAWAL
(11 hingga 20 markah)
GOLONGAN ini juga memang obses pada bau wangi. Namun begitu,
biarpun kamu sukakkan pada bau-bau yang wangi, tetapi ianya masih boleh dikwal
dan tidaklah keterlaluan. Bahkan kamu juga masih pandai menyorokkan reaksi
wajah apabila berhadapan dengan orang sekeliling yang mengeluarkan
bau kurang menyenangkan.

KAMU MEMANG TIDAK OBSES BAU WANGI
(01 hingga 10 markah)
INI sudah dikira kes teruk, jika kamu tergolong di dalam kumpulan sebegini!!
Sebab kamu langsung tidak kisah pada bau sekeliling. Bagi kamu, bau busuk
ataupun wangi semuanya sama sahaja. Oleh kerana itulah kamu langsung tidak
mementingkan penjagaan diri sendiri. Justeru itu, cepatlah buat perubahan.

Via : Seleksi