Assalamualaikum rakan pembaca sekalian.. untuk hari nie jue nak updet blog mengenai rahsia disebalik huruf pangkal nama.. opps! Awas! ini hanya untuk pengetahuan dan bertujuan untuk bersahaja & bergembira. jangan terlalu mempercayai apa yg jue updet nie..^^,
Huruf A
Rama dan murah senyuman. mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. meskipun begitu marahnya mudah reda.
Huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilanya. mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. kelemahannya sangat mudah tersinggung.
Huruf C
Ramah dan pandai berbicara, ini yang menjadikannya popular dalam kalangan rakan-rakannya, mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.
Huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat berkerja. Kelebihannya itula yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.
Huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggungjawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang terluka.
Huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.
Huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar bila rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan bila rakannya sedang tekun.
Huruf H
Mudah simpati, dan bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melalukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.
Huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah berasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.
Huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.
Huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia.
Huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahnya, tidak menepati masa.
Huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.
Huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah terasa hati dan kurang percaya diri.
Huruf O
Serba boleh, suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai menganggapnya sombong dan suka memilih teman.
Huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.
Huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur, dan mudah emosi.
Huruf R
Pendiam, dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik, dan sukar mengawal bicara ketika marah.
Huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika tidak emosi marahnya meledak-ledak.
Huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu mengikut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.
Huruf U
Suka berterus terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan tidak pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.
Huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Panda imenyesuaikan diri. Selain itu, mereka pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita memikat. Tidak suka berterus terang.
Huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.
Huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan yang menyinggungnya.
Huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.
Huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.