Welcome

~ Salam Manis Ukhuwah ~

Monday, 31 December 2012

Coretan Kesyukuran

salamualaikum semuaaa....
hemm, apa yg terjadi sepanjang tahun 2012 anda??? seronok, tau menyedihkn?? hurmm, apa2 pown kita mesti bersyukur kerna masi diberi kesempatan tuk hidup dan menikmati segala yang diberikan oleh Allah S.W.T sehingga ke detik ini, kita masi diberi peluang tuk bernafas dan bersyukur kepada Nya..

apa azam korang tahun 2013 nie?? mesti yang terbaikk la katakn.. semoga segala nya dipermudahkan jue bersyukur sangat, masi diberi peluang hidup dan bertaubat kepada Nya.. alhamdulillah terima kasih ya Rab :)

sekian.. ini saja coretan dri sy :

JueSelamanya

Friday, 21 December 2012

Assalamualaikum, semua huhh! skrg nie da masuk STUDY WEEK!!! ouhhhh Nooooo!! I have sick... why??? coz lazzy toO stdy... hemmm, help me toO get my MOOD 4 stdy... plessss help me

Tuesday, 13 November 2012

Cerita C jue

Assalamualaikum sahabat semua....
bulan nie semua orang sibuk dengan pelbagai urusan, masalah, rumah tangga, dan tidak kurangnya dengan urusan tuk mendirikan masjid. hehehehe selamat pengantin baru bgi yg terlibat la.. opsss! bnyk sia merepak plak nie ya.. huhh =,=! sebenarnya, apa yg sia mo fokus ialah pelajar!! haaa! sebut mengenai pelajar! bermacam perkara yg bermain di kotak hitam kalian kn??? miahahaha.. okeyyy la, sia cakap teruszz la ya... sebenarnya, bulan nie majoriti pelajar IPTA dan IPTS menduduki Ujian Midterm... na!! pereksa la tuhh demam exzam la hihihihihi. tp, tidak jugak demam sangat sbb its not final exzam... tp, kn sia mo cerita lgi bha nie satu hal.. kadang ada pelajar bila masuk dewan blm sedia 100%. matcam sia la. hihihi bila da dpt kertas, teok2 jak dlu belek2 dri depan ke blkng.. kot2 ada jwpn terselit muahahaha! tp, teda jgk.. harapan musnah semuanya.. huhhh


okeyyy stop cite sal exzam, student, segala matcam tuhh..

bulan nie jugak mesti ramai keluarga yg bawa famliy pegi bercuti kn kn kn... wahhh untung larr dpt beristerehat, kmi nie =,= terpaksa dok hadap buku, asigment.. A! masi jugak cerita sal pelajar nie, hehehehe sorryyy ah.. tp sia fokus ng keluarga plak kali nie.. banyak yg sudah plan pegi bercuti-cuti malaysia.. ala, kpd keluarga2 tuhh ndak ya la cuti jauh2, di dlm negara jak la.. malaysia pown okeyy apa tuk jadikn tempat percutian, pegi la sabah, ada gunung kinabalu, semporna ada pulau mabul, pulau sipadan, pegi la area semenanjung ka, pulau tioman.. dan bermacam lgi tempat2 menarik tuk dilawati di malaysia.. amalkan la budaya cuti-cuti malaysia..


hehehehe nie gambar contoh sadja ya.. ahahahaha jangan mara haaa... tp, apa yg sia ckp tuhh betul Malaysia cukup sempurna dn kaya dgn tempat2 yg menarik tuk jdi santapan mata dan percutian keluarga.. lgi pown secara tidak lagsungnya, kalian sudah mendidik anak-anak anda tuk mengenali Malaysia. tambah pulak, kalian sudah menyumbang kpd pendapatan negara..berbanding anda bercuti ke luar negara, anda akn melabur pd negara asing, duit akn lebih bnyk mengalir keluar.. oppsss! jdi pengkaji ekonomi la pulak, hihihihi amin la klu matcam tu.. mmg jurusan ekonomi pown yg sia ambil.. ^^,

okeyy la, sia tutup cerita sia la sudah.. sambung buat assigment.. selamat bercuti kpd yg cuti dn selamat bekerja pd yg kerja.. huahuahuahua.. Assalamualaikum

Monday, 3 September 2012

Rahsia Pangkal Nama Mengikut Huruf

Assalamualaikum rakan pembaca sekalian.. untuk hari nie jue nak updet blog mengenai rahsia disebalik huruf pangkal nama.. opps! Awas! ini hanya untuk pengetahuan dan bertujuan untuk bersahaja & bergembira. jangan terlalu mempercayai apa yg jue updet nie..^^,

Huruf A
Rama dan murah senyuman. mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. meskipun begitu marahnya mudah reda.

Huruf B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilanya. mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. kelemahannya sangat mudah tersinggung.

Huruf C
Ramah dan pandai berbicara, ini yang menjadikannya popular dalam kalangan rakan-rakannya, mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

Huruf D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat berkerja. Kelebihannya itula yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

Huruf E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggungjawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang terluka.

Huruf F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

Huruf G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar bila rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan bila rakannya sedang tekun.

Huruf H
Mudah simpati, dan bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melalukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

Huruf I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah berasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

Huruf J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

Huruf K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia.

Huruf L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahnya, tidak menepati masa.

Huruf M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan memberontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya boros dan keras kepala.

Huruf N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya mudah terasa hati dan kurang percaya diri.

Huruf O
Serba boleh, suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai menganggapnya sombong dan suka memilih teman.

Huruf P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain. Agak pendendam dan boros.

Huruf Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur, dan mudah emosi.

Huruf R
Pendiam, dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik, dan sukar mengawal bicara ketika marah.

Huruf S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika tidak emosi marahnya meledak-ledak.

Huruf T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu mengikut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

Huruf U
Suka berterus terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan tidak pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

Huruf V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Panda imenyesuaikan diri. Selain itu, mereka pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita memikat. Tidak suka berterus terang.

Huruf W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

Huruf X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan yang menyinggungnya.

Huruf Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Huruf Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

Wednesday, 11 July 2012

ADAKAH KAMU TERLALU OBSES PADA BAU WANGI?

Sebagai manusia biasa, sudah semestinya kita amat sukakan bau-bau wangi tak kira di mana berada. Tambahan pula bau-bau wangi ini boleh membuatkan seseorang individu itu merasa damai, tenang dan selesa. Disebabkan itu juga maka bukanlah satu perkara pelik apabila seseorang itu menjadi terlalu obses kepada bau wangi. Bahkan, mereka sanggup berhabis duit beribu ringgit untuk membeli seberapa banyak pewangi yang ada di pasaran.
    


Namun begitu, tak dinafikan ada juga segelintir individu yang tidak terlalu mementingkan bau wangi. jadi untuk mengetahui setakat manakan tahap kamu obses pada bau wangi. Maka, Kuiz Bijak Pandai kali ini berkisarkan tentangnya. Melalui kuiz ini, kamu bukan sahaja dapat menilai diri sendiri, tetapi dirimu juga boleh melihat orang sekeliling. Jadi?? jom kita try Game nie :-

  1. Setiap kali bangun tidur, apakah yang akan kamu lakukan dahulu?
    a) Terus pergi bilik air untuk mandi dengan sabun wangi.
    b) Tak tentu.
    c) Terus buat air dan menonton TV.
  2. Biasanya, berapa kalikah kamu pakai tudung/seluar jeans/kupiah baru ianya dibasuh? a) 3 kali sahaja.
    b) Banyak kali
    c) 1kali sahaja.
  3. Adakah setiap kali selepas mandi kamu akan pakai deodorant? a) Tidak
    b) Ya
    c) Bergantung pada keadaan
  4. Setiap kali selepas siap berdandan, apakah yang akan kamu lakukan?
    a) Pakai minyak wangi
    b) Tak berapa nak pasti
    c) Terus ambil dompet duit dan keluar
  5. Berapa banyak minyak wangi yang kamu ada? a) Lebih daripada 50
    b) Satu sahaja
    c) Lebih daripada 100
  6. Sekiranya ada jualan murah berkaitan dengan pewangi, apakah kamu akan beli?
    a) Tidak
    b) Ya
    c) Tengok pada kewangan
  7. Bagamanakah keadaan kamu apabila terlupa memakai deodorant ataupun minyak wangi? a) Sangat-sangat tidak selesa dan resah
    b)Kurang selesa sikit
    c) Biasa-biasa sahaja
  8. Pernahkah kamu beredar dengan kadar segera daripada tempat yang berbau busuk? a) Kadang-kadang
    b) Tidak pernah
    c) Pernah
  9. Bagaimanakah reaksi kamu apabila berhadapan dengan orang yang mempunyai masalah bau badan/mulut? a) Biasa saja dan tidak kisahpun
    b) Terus menjauhkan diri daripadanya
    c) Ingat-ingat lupalah
  10. Berapa banyakkah pewangi yang ada di dalam rumah dan bilik kamu? a) Lebih kurang 6 pewangi
    b) Kurang daripada 4 pewangi
    c) Langsung tiada pewangi

SEMAK DAN KIRA MARKAH ANDA =
  1. (a)3            (b)2             (c)1
  2. (a)2            (b)1             (c)3
  3. (a)1            (b)3             (c)2
  4. (a)3            (b)2             (c)1
  5. (a)2            (b)1             (c)3
  6. (a)1            (b)3             (c)2
  7. (a)3            (b)2             (c)1
  8. (a)2            (b)1             (c)3
  9. (a)1            (b)3             (c)2
  10. (a)3            (b)2             (c)1
KAMU MEMANG OBSES BAU WANGI
(21 hingga 30 markah)
SAH  dan tidak boleh dinafikan lagi, sesiapa tergolong di dalam kumpulan ini,
sememangnya kamu seorang yang sangat obses atau fanatik kepada bau wangi.
Bagi kamu, bau wangi adalah satu kemestian di dalam kehidupan seharian.
Jadi bukanlah satu perkara yang memelikkan jika ke mana sahaja
diri kamu sentiasa wangi.

OBSES TAPI MASIH BOLEH DIKAWAL
(11 hingga 20 markah)
GOLONGAN  ini juga memang obses pada bau wangi. Namun begitu,
biarpun kamu sukakkan pada bau-bau yang wangi, tetapi ianya masih boleh dikwal
dan tidaklah keterlaluan. Bahkan kamu juga masih pandai menyorokkan reaksi
wajah apabila berhadapan dengan orang sekeliling yang mengeluarkan
bau kurang menyenangkan.

KAMU MEMANG TIDAK OBSES BAU WANGI
(01 hingga 10 markah)
INI  sudah dikira kes teruk, jika kamu tergolong di dalam kumpulan sebegini!!
Sebab kamu langsung tidak kisah pada bau sekeliling. Bagi kamu, bau busuk
ataupun wangi semuanya sama sahaja. Oleh kerana itulah kamu langsung tidak
mementingkan penjagaan diri sendiri. Justeru itu, cepatlah buat perubahan.


Via : Seleksi




30 Fakta-Fakta Tentang wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.

7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.

8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.

9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak berguna.

11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui berita tersebut.

13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.

14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu lebih dalam.

15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.

16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini lebih awal.

19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah buku-buku cinta.

20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat yang teristimewa di hatinya!!

22.Satu ucapan 'Hai' saja sudah cukup menceriakan harinya.

23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka yang lebih cantik.

25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.

26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.

27.Senjata wanita adalah airmata!!

28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.

29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau ingin memikat wanita pandai-pandailah.

30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa


~Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saiditina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.

Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ, dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

PERTAMA, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

KEDUA, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

KETIGA, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.

Ingatlah wahai WANITA, kepanasanmu bertudung, longgarnya pakaianmu, panjangnya lengan bajumu, panjangnya sarung kakimu, sopannya tingkah lakumu serta ketabahanmu menjaga syariat Islam itu ganjarannya syurga di akhirat kelak.

Kebaikan itu adalah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa dilihat oleh manusia kepadanya (Riwayat Muslim)




Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil...~~",)

*indahnya cinta*

Sememangnya mengenalimu                                                                        
 adalah satu kenangan yang                                                                  
 amat indah dalam hidupku…                                                            
namu melupakanmu adalah derita                                                 
yang teramat pedih dalam hidupku…                                      
namun aku sedar akan diriku ini…
Aku tak nak orang menangis akan diriku…                                     
aku tak nak orang menangis kerana cintaku…                           
aku nak orang gembira akan diriku…                                               
aku nak orang gembira kerana cintaku                                           
hanya untukmu seorang…
Mengapa cintamu hadir…                                                             
semasa aku belum sedia untuk bercinta lagi…         
mengapa dirimu hadir dan menyamar                                                     
sebagai seorang sahabat yang baik…                                         
tetapi dalam masa yang sama kau cuba                                         
berusaha untuk menawan dan mendapatkan cintaku 
yang tak pernah dimiliki lagi…                                                       
 jika benar wujud perasaan itu, 
maka lafazkanlah kepada insane yang sepatutnya…                                                            
 jika tidak wujud perasaan itu,                                                           
jangan sesekali untuk mencubanya…                                                       
kerana perasaan ini boleh membawah                                                 
anda ke jalan yang lebih merumitkan…
Hati yang lara mencari kejernihan                                                           
disinar cinta…                                                                                   
kau ibarat pembunuh duka…                                                                         
namun kau jua pendusta cinta…                                                  
kata hati sering berbisik                                                                    
 mana yang patut ku ikutkan                                                    
 namun amat jelas duka dan bahagia                                                                
 yang dipentaskan                                                                       
dimana kah sinar cinta                                                                           
yang sebenarnya jikalau                                                            
 engkau pemberi segala rasa…


Nukilan Amoy


* Puisi dari seorang Sahabat *